Ezra Kong

Ezra Kong ialah seorang penggubah lagu, penulis lirik dan penerbit rakaman Malaysia. Beliau paling dikenali melalui kerjasamanya bersama penyanyi Hael Husaini dengan menggubah dan menulis lagu untuk pelbagai artis termasuk Hael sendiri, Faizal Tahir, Ayda Jebat, Nabila Razali, Elizabeth Tan, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.[1][2][3][4] Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda Psikologi di Universiti John Moores, Liverpool, England.[5]Dilahirkan dan dibesarkan di Pelabuhan Klang, Selangor, Ezra memulakan kerjaya awalnya dalam bidang pengiklanan radio dan televisyen, kemudian bekerja di bahagian Sumber Manusia di kilang sarung tangan.[5] Beliau memulakan kerjaya sebagai komposer pada 2014 apabila Mike Chan dan Audi Mok menawarkannya peluang untuk menghasilkan lagu untuk Faizal Tahir, "Assalamualaikum" sekaligus menjadikan Ezra antara komposer muda yang meningkat naik.[5]